Wednesday, March 18, 2015

Terasa

Bila scroll newsfeed FB, or tengok gambar-gambar kat Instagram, kadang-kadang ada yang buat kita terasa.
Terasa sedih.
Terasa kena perli.
Terasa jeles.
Terasa happy.
Terasa syahdu.
Terasa macam-macam la.
Tapi yang jadi isu is post yang buat orang lain terasa down, sedih, pilu.
Sampai ada yang post pasal reminder untuk orang lain supaya setiap kali nak post sesuatu tu, beringatlah sikit.
So ini few types of posts yang wujud kat alam Fb or Instagram or twitter

1.Post pasal makanan

Kita gi makan kat kedai/masak makanan.
Then post gambar or check in tempat makan tu.
Gambar makanan tu memang membuat air liur kecur lebih-lebih lagi kalau tengah puasa. Fuih...
Kalo post gambar ABC sedap kt seksyen 2, Shah Alam or Plaza Larkin, JB time tengahari yang panas ni...lagi la boleh mengundang kemarahan orang.
Dalam diam: Ada orang lain yang terasa sebab tak mampu nak makan makanan itu. Antaranya adalah mak mak yang sedang berpantang sebab baru beranak.

2. Post pasal anak
Kita letak gambar anak gelak, anak senyum, anak merajuk, anak first day kat sekolah
Or update status perkembangan anak, anak pandai ini, anak pandai itu
Dalam diam : Ada orang lain yang masih belum ada rezeki anak rasa sedih. Or orang yang anak da besar da ada akaun FB sendiri dan pandai selfie, rasa kecewa

3. Post pasal kehidupan berpasangan
Kita update pasal pergi tengok wayang lah. Buah hati pujuk bagi flower la.
I love u till jannah la. Ni yang positif la kan.
Ada yang update lepaskan geram kan pasangan. Perli-perli dalam facebook or twitter.
Kadang tu transparent sangat mengata pasangan dia. (err..i hope it will resolves whatever matter that they are fighting that time)
Dalam diam: Ada orang lain yang makan hati sebab masih bersendirian, atau baru ditinggalkan or baru keseorangan. Sunyi rasa dihati walaupun da dapat terima hakikat

4. Post pasal g jalan sana sini
Kita letak gambar pergi bercuti kat negara orang. Buat sky diving. Amik gambar dengan Angelina Jolie (sebbaek buat masa ni takde plak kawan2 dlm FB or Ig yang amik gmba dengan Ms Jolie).
Bestnye tengok orang pergi makan angin. Pergi Langkawi, borong coklat. Beli pinggang mangkuk. Main pasir kat pantai kat Pulau Kapas. Snorkelling kat Pulau Redang. Honeymoon tour Europe. Buat Umrah (T_T)
Dalam diam: Ada yang rasa down tak mampu beli tiket bas pun sebab bulan ni nak bayar bil elektrik yang melambung sebab pasang aircond 24/7 sebab musim panas

5. Post pasal shopping barang ni barang tu
Kita posing sikit buat OOTD, wah nampak disitu henbeg merah ada lambang C. Beg Chanel baru beli. Semalam baru upload gambar kereta baru. Esok kang upload gambar beli kain kat Jakel.
Dalam diam: Ada orang bergenang air mata, telan air liur je tengok gambar tu, sambil jeling henbeg dia kat sebelah yang da nak putus handle.

6. Post pasal hasil perahan susu
Kita posing sikit buat SOTD (susu of the day.hihihi). Hasil penat lelah pam (kalau boleh letak sekali pakai pam apa.Kalau pakai marmet, letak gambar tangan). Alhamdulillah, hasil makan Chilis' malam semalam, susu hari ni meriah. Gitu statementnye. Or kasi recognition sikit letak ayat "tq pada roomate yang selalu bagi semangat untuk BF eventhough semua orang cakap susu sikit. Alhamdulillah, berkat power pumping and tak nak stress2, susu meriah".
Dalam diam : Ada ibu tengah pam susu, terus jadi stress sebab lately hasil makin susut.(Nanti ada entry pasal tips nak banyakkan susu.sharing is caring :D )

7. Post pasal OOTD
Kita selfie sikit, cari angle and lighting menarik. Or minta member amik gamba kita kunun-kunun kita tengah tengok burung-burung terbang di awan. Ala-ala candid la. Letak caption donning Tudung People hijab, dress by bella amara,pants from Zara, lens by lofalens, wajah cantik jelita by toujours advanced.
Dalam diam : Ada yang fikir yelah muka aku ni tak cukup licin, bibir pun pecah2 sebab kering. Takpun, ada yang fikir why la you so slim no buncit at all. Life is not fair. Im the ugliest duckling in the world.

Cakap pasal kulit licin ni, terjumpa pula satu video ni pasal tips nak dapat kulit cantik vavavom macam miss Universe. Kira kalau keluar umah, tak mo pakai bedak pun boleh.Osem weiy..


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

8. Post pasal family outting
Kita kan keluar dengan famili. Kenalah update kat facebook. Sebab bukan senang dapat spend masa. Amik gambar dengan adik beradik. Semua cantik2. Dapat plak spouse masing2 sama padan, bergaya. Dapat anak2 yang comel2. Bercuti satu famili dekat tempat best2.
Dalam diam: Ada yang geram memikirkan kakak aku ni asyik lepak dengan kerja opis je.Takde pun nak outting dengan aku. Ataupun ada yang bercuti dengan famili tapi semua jenis tak suka amik gambar.maka makan hati ajelah sebab takleh upload kat FB

9. Post pasal exercise

Kita lari 100m sambil amik gambar. Or lepas buat kickboxing, amik gamba muka tengah merah peluh2.
Dalam diam: Ada yang jeles cakap "eleh, eksesais pun nak bagitau satu dunia.Ko sorg la yang rajin lompat lari sana sini kannnn". "Lagipun ko ada maid, boleh la eksesais sebab anak-anak ada orang jaga"

10. Post pasal..ok da tak leh pikir. tapi rasa nye stp post akan ada je orang terasa. and terasa kita tak sama. Maybe post ni saya terasa jeles, orang lain maybe terasa nak nangis.

So apa caranye nak elakkan terasa or terasa lebih2
Nak suruh bersyukur or happy untuk orang lain, kadang hati kita memang ada keinginan tersebut.
Nak unfriend, tak best la plak. Lagipun walaupun terasa, tetap nak stalk apa si polan polan ni buat(biasa la tu).
Yang selalu saya buat, sebelum saya terasa, saya terus scroll newsfeed or gambar tersebut.
Jimat perasaan.
Lagi satu, tak semua orang ada niat nak berlagak, riak, menunjuk. So pandai-pandai la kita kawal perasaan tu

Jangan terasa terasa dengan saya ye. Saya hanyalah manusia biasa yang suka kongsi-kongsi certain things.

Notakaki: Saya bukan pakar psikologi, pakar research, pakar human behavior. Entry ini diilhamkan dari kehidupan seharian saya sahaja. Rujukan pada entry ini adalah tertakluk pada risiko sendiri. Terima kasih

Untuk order set kecantikan Shaklee atau apa-apa vitamin Shaklee,
boleh hubungi

Faezah 0122066470
Fb: Nurfaezah Abd Jamil
Instagram : faezah_jamil


1 comment:

  1. a.. itu biasa la kot tu kan.. klaau orang nak carik buruk kita senang jek.. hee~ kalau seme cite tak boleh, nak terasa baik duduk sensorang jangan bermasyarakat.. ibarat tepuk dada tanya jiwa la.. sebersih mana sebaik mana..

    ReplyDelete